18 August 2016

BURUK SANGKA

Buruk sangka menyebabkan ramai yang takut untuk berubah.

Apabila seseorang mula membuat keputusan untuk berubah, sudah pasti, akan ada ujian yang mendatang dan ujian yang paling sakit sekali ialah apabila terpaksa mendengar  bebelan buruk sangka daripada orang lain.

Buat yang kuat In Sha ALLAH, mereka akan meneruskan tanpa memikirkan apa yang dikatakan.

Tetapi buat hati mereka yang rapuh, pasti akan berbekas dan akhirnya was-was dengan keputusan yang dilakukan.

Buruk sangka merupakan satu perbuatan yang menunjukkan hati yang busuk sehinggakan menampakkan negatif pada sesuatu kebaikan.

"Ah, dia tu buat baik sebab nak orang pandang".

"Eleh, pakai labuh-labuh macam tu mesti sebab nak mengorat ustaz".

Jangan... Jangan kita bersangka buruk dengan orang.

Sepatutnya apabila orang mahu berubah, kita hendaklah menyokong. Bukannya menjatuhkan.

Ke sebab dah biasa kena macam tu sampai tak boleh tengok orang senang?

Entahlah, tepuk dada, tanyalah hati.

Semoga kita dijauhkan daripada sifat yang suka berburuk sangka dengan orang lain.

16 August 2016

H.A.T.I

Hati yang sakit adalah hati yang dalamnya itu mempunyai penyakit riya', dengki, sombong dan suka membuka aib orang.

Hati yang mati adalah hatinya jauh dari Allah swt. Bertuhankan nafsu sehingga tertutup hatinya menerima nasihat.

Hati yang sihat adalah hati-hati orang beriman. Mudah menerima nasihat, sentiasa mengingati Allah sehingga hati tenang hatinya...

Tanya pada diri, hati kita yang mana satu???

14 August 2016

ZIKIR KOTOR - Mencarut Sifat Sasaran Kita

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Zikir kotor : "MENCARUT"

"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)". [Qaf : 18]

Mula-mula mungkin kita rasa 'cool' sebab geng-geng kita pun buat. Lama-lama tanpa sedar, perkataan kotor tu sudah menjadi zikir harian kita. *terlanggar batu*  "$%#$#"  la batu ni hishh  *marah dekat seseorang*  "Kau dah kenapa  @#&$% sangat"

Ehem atas ni contoh yee...

Imam Al-Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya' ulum al-Din menyebut:
"Antara dosa lidah ialah : menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan). Perkara di atas adalah tercela, dilarang dan sumbernya adalah daripada sifat keji dan tercela".

Sahabat, cuba banyangkan jika perkataan kotor itu yang keluar dari mulut kita saat kita menghembuskan nafas kita yang terakhir?

Nau'zunbillah min zaalik moga kita dijauhkan.

Jadi sahabat,
Ayuh kita sama-sama ubah diri untuk berkataan yang baik. Kita ubah slow-slow ye...

Lets fight, moga Allah swt mudahkan jalan kita, InsyaaAllah.
"Your attitude is like a price tag, it shows how valuable you are".

11 August 2016

Fikir Dahulu Sebelum Bertindak

Sejak akhir-akhir ini kecoh tentang kewujudan aplikasi Pokemon Go. Dan lebih memeranjatkan lagi bila ada yang menghina Mufti semata-mata kes tidak membenarkan permainan tersebut dimainkan. 

Saya percaya dan yakin Mufti tidak bersalah dalam menurunkan fatwa kerana setiap fatwa yang diturunkan pasti adanya perbincangan yang besar bersama para ulama' yang lain. 

Pada mereka yang menentang Ulama' dan masih teruskan untuk bermain, silakan. Cuma satu sahaja kita perlu ingat. Kelak, setiap perbuatan, percakapan dan tindakan kita pasti akan disoal di hari kemudian.

Muhasabah bersama. :)


"Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Rabbnya, (mereka berkata), "Wahai Rabb kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia. Kami akan mengerjakan amal soleh. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin".
-As-Sajdah/32:12-

30 March 2016

6 PESANAN

6 PESAN
IMAM AL GHAZALI
  • yang paling DEKAT didunia, KEMATIAN
  • yang paling JAUH didunia, MASA LALU
  • yang paling BERAT didunia, AMANAH
  • yang paling BESAR didunia, NAFSU
  • yang paling RINGAN didunia, MENINGGALKAN SOLAT
  • yang paling TAJAM didunia, LIDAH MANUSIA

26 March 2016

Beloved Mom, I Love You So Much!

"Anakku sayang, sabarlah dengan cacian manusia. Jika ada 10 orang yang mengata, Ada 100 orang lagi yang membela. Jika ada 100 yang membenci, Ada 1000 yang lain sudi menyayangi. Jika seluruh dunia menghinamu, kau masih ada Allah yang Esa. Dia akan tetap setia, selagi kau setia mencintai-Nya."

17 March 2016

Taubat is easy

2 rakaat.
Rakaat Pertama:  Al-Kafirun.
Rakaat Kedua:  Al-Ikhlas.
Habis solat, istighfar sebanyak mungkin,
sampai hati lembik.